Sunday, June 27, 2010

Pandai Di atas Kertas tapi Perlaksanaan Hancur!

Perubahan-perubahan yang telah dilakukan oleh Dato Mohd Bakke Saleh di dalam Felda Global Ventures Holdings:

• Menamatkan & memansuhkan Sistem kontrak-kontrak kecil (bekalan tenaga kerja dan jentera) dan dilakukan oleh Ladang dgn matlamat Ladang akan menjimatkan kos operasi dan pengeluaran.

Bekalan Tenaga Kerja kpd Ladang - Felda kena bayar

• Di atas kertas - Ladang akan membuat keuntungan dengan melakukan sendiri kerja-kerja kontrak kecil yg dahulunya diberikan kpd kontraktor-kontraktor.

• Perlaksanaan -
o Buruh Asing - Buruh dari Bangladesh dibayar gaji RM26.00 sehari berbanding pekerja tempatan RM20.00 sehari dibawa masuk oleh syarikat / agen yg dilantik.

o Tempat Tinggal - Penginapan pekerja perlu disediakan. Maka kontraktor baru akan dibawa masuk membina tempat tinggal. Bayaran diberikan kpd kontraktor jauh lebih banyak berbanding dgn kemudahan yg disediakan dan layak dipanggil "setor".

Bekalan Jentera/Kenderaan - Lagi Felda kena bayar
• Di atas kertas - disbbkan Ladang akan mengambil tugas kontraktor2 kecil pembelian jentera. mini traktor, lori perlu dibeli.

o Perlaksanaan - Felda terpaksa mengeluar wang tambahan bagi semua ladang urustadbir membeli jentera dan kenderaan termasuk menangung kos penjagaan kenderaan (minyak, alat-alat ganti dsb) dan susut nilai asset. Tentu ada pembekal baru akan dilantik bagi membekal dan menyelenggara kenderaan tersebut.

• Mengekalkan tenaga pekerja tempatan sedia ada - Ini FREE takde kos.
o Pekerja tempatan akan memantau tugas-tugas yg terdahulunya dijalankan oleh kontraktor-kontraktor kecil

 Di atas kertas - ratio 1:500~1000 iaitu 1 (seorang) kakitangan menjaga 500-1000 hektar. Felda tidak perlu menambahkan sebarang kakitangan sedia ada walaupun penambahan jumlah pekerja dari 17 org kepada 450-500 orang.

 Perlaksanaan - kakitangan yg gagal memantau dgn ratio di atas akan ditekan dan digantikan dgn kakitangan yg ada kepentingan di dlm urusan "lulus & tanda tangan".

Felda tidak pernah rugi di dalam operasi perladangan. Komoditi kelapa sawit senantiasa berada di atas paras menguntungkan. Jika lain-lain organisasi di dalam Felda yg telah menyebabkan kerugian, mengapa operasi yg memberikan keuntungan selama ini ditindas semata-mata untuk menyelamatkan mereka yg telah menyebabkan kerugian
• seperti di dalam pelaburan Sutrajaya Shipping Sdn Bhd yg mana Felda telah tersilap membeli kapal yg tidak sesuai untuk digunakan.

Kenapa Dato Mohd Bakke Saleh perlu menindas sektor perladangan dengan menamatkan dan menutup perniagaan kontraktor-kontraktor kecil yg selama ini telah bersama-sama menyumbangkan keuntungan operasi di dalam perladangan.?
• Atas pertimbangan apa yg telah beliau lihat dan dapat sebelum memutus berbuat sedemikian? KPI? (Key Performance Index atau Kerana Profit Interest)

Adakah Dato Mohd Bakke Saleh menilai kesan jangka panjang atau "domino effect" akibat dari penamatan kontraktor-kontraktor kecil ini.
• kontraktor kecil Melayu terpaksa menanggung kerugian & bebanan hutang kpd institusi kewangan.(Bank Islam dsb jika ada)
• banyak keluarga yang hilang sumber pendapatan dan memusnahkan institusi kekeluargaan yg terlibat.
• kos operasi akan meningkat dengan paling ketara ialah kos penyelengaaran aset kenderaan..
• penambahan kemasukkan pekerja asing ke dalam negara dan penempatan pekerja asing di luar bandar akan menyebabkan lebih banyak masalah sosial akan berlaku di luar bandar.
• mencipta pembekal-pembekal baru di dalam Felda yang dijangkakan mempunyai "kepentingan" thdp individu yg ada kuasa "lulus & tandatangan".

Di atas kertas selama tempoh 3-5 tahun Felda tidak akan mengalami kerugian disebabkan kos-kos yang dinyatakan di atas akan dimasukkan di dalam akaun sebagai "capital investment" dan menampakkan positif kepada kunci kira-kira (balance sheet).
• Bagaimana pula dengan kos operasi (profit n loss account)? Adakah penyusutan kpd keuntungan akan berlaku berikut dengan peningkatan kos operasi?

Di atas kertas memang kelihatan menyakinkan tetapi cuba bertanya tentang perlaksanaannya kepada mereka yang melaksanakannya (pekerja). Turun padang dan kumpulkan data dan fakta.

Apakah Dato Mohd Bakke Saleh akan menggunakan strategi yang sama bagi memulihkan Sime Darby seperti di Lembaga Tabung Haji dan Felda Global Ventures? Adakah ladang-ladang Sime Darby juga akan menerima nasib yang sama seperti ladang-ladang Felda?


-Setiausaha Agung-

No comments:

Post a Comment