Wednesday, July 21, 2010

JMM dakwa wang kontrak kerajaan biayai Malaysian Insider

20/07/2010 7:22pm Utusan Online
KUALA LUMPUR 20 Julai – Jaringan Melayu Malaysia (JMM) hari ini mendakwa bahawa penaja The Malaysian Insider, sebuah portal berita pro-pembangkang, telah menggunakan wang yang diperolehi daripada kontrak kerajaan untuk membuat fitnah terhadap kerajaan.

Yang Dipertua JMM, Azwanddin Hamzah mendakwa, Efficient E-Solution Berhad merupakan syarikat yang membiayai kos operasi portal tersebut.

Efficient E-Solution juga mempunyai kepentingan 20 peratus dalam VPI International Sdn. Bhd., yang telah mendapatkan kontrak perkhidmatan pengimejan dan pengimbasan pengumpulan data daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), yang pada mulanya berjumlah RM216,090,927 dan kemudian dinaikkan kepada RM585,540,927.

Azwanddin mendakwa dalam satu sidang akhbar di sini hari ini bahawa Datuk Kalimullah Hassan dan Shaik Aqmal Alauddin merupakan pengarah dalam Efficient E-Solution, manakala Shaik Aqmal dan Sreedhar Subramaniam adalah pengarah VPI International.

Ketua JMM itu juga meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop menjelaskan hubungan beliau dengan ketiga-tiga pengarah itu kerana kontrak itu diperolehi sewaktu beliau menjadi Menteri Kewangan II.

Azwanddin juga mendakwa Shaik Aqmal dan Sreedhar, yang menjadi penandatangan kontrak dengan LHDN telah menggunakan Regalia Records Management Sdn. Bhd., yang mana VPI International mempunyai kepentingan di dalamnya, untuk menaja dan membiayai Malaysian Insider yang diilhamkan oleh Sreedhar. – Bernama

No comments:

Post a Comment