Wednesday, July 28, 2010

Kalimullah atur pertemuan sulit dgn Lim Kit Siang - Agenda Nasional?

Jaringan Melayu Malaysia (JMM) telah beberapa kali tampil membuat pendedahan melalui bukti dokumen mengenai penglibatan Dato Kalimullah yang telah melindungi pelarian Raja Petra Kamaruddin, penaja Malaysia Today portal yang sering memperburuk-burukkan kepimpinan negara di rumah yang didafatar di atas nama isteri beliau iaitu Helinna Hanum Dadameah.

JMM juga mendedahkan bukti dokumen penglibatan VPI International Sdn Bhd melalui syarikat yang mempunyai kepentingan di dalam Efficient E-Solution Bhd dan Regalia Records Management Sdn Bhd menaja portal Malaysian Insider portal yang diasaskan oleh Sreedhar Subramanian yang juga pernah menjadi Pengarah di dalam Efficient E-Solution Bhd.
Peranan kedua-dua portal ini dilihat bergerak seiringan di dalam menjayakan agenda merosakkan perpaduan dan keharmonian di dalam negara. Pendedahan tersebut jelas mengambarkan Dato Kalimullah sememangnya mempunyai hubung-kait dengan portal tersebut.

Pada hari ini, JMM mendedahkan pertemuan sulit yang diatur sendiri oleh Dato Kalimullah dengan Lim Kit Siang, National Chairman Democratic Action Party (DAP) dan Tony Pua, DAP National Publicity Secretary pada November 2009.

JMM meminta Dato Kalimulah memperjelaskan kepada rakyat Malaysia mengenai agenda pertemuan sulit yang telah berlansung tersebut.

Segala pendedahan melalui bukti-bukti dokumen terdahulu oleh JMM, memperlihatkan dan mengambarkan bahawa Dato Kalimullah adalah dalang dan perancang yang mengatur agenda besar yang boleh mengugat keselamatan negara.

JMM tegas melabelkan Dato Kalimullah sebagai pengkhianat negara yang telah menggunakan kedudukan beliau dan kekayaan yang diperolehi untuk menjadi pengatur agenda merosakkan keharmonian dan perpaduan rakyat.


Yang Benar,
Azwanddin Hamzah
Yang DiPertua

No comments:

Post a Comment