Sunday, September 5, 2010

Puad sokong cadangan JMM siasat The Malaysian Insider

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi (gambar) menyokong cadangan pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) supaya disiasat sama ada Kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) mempunyai motif untuk menimbulkan konflik di kalangan umat Islam Malaysia dan Indonesia.

Katanya siasatan perlu dilakukan segera bagi mengenal pasti sama ada dakwaan JMM bahawa pemimpin Bendera yang berhubungan dengan ahli politik di negara ini mempunyai agenda besar.

“Pada saya isu demonstrasi bukan isu besar tapi timbul pertanyaan apakah mereka ini(Bendera) mempunyai agenda besar.

“Kenapa mereka dari semasa ke semasa mencari apa sahaja isu untuk menganjurkan demonstrasi yang akhirnya tindakan ini boleh merugikan umat Islam di dua negara ini,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Hari Raya dan berbuka puasa bersama golongan kurang berkemampuan anjuran Pertubuhan Belia India Muslim Malaysia (Gepima) di sini, Sabtu.

JMM telah meminta pihak berkuasa di negara ini supaya menyiasat penglibatan beberapa ahli politik dan editor sebuah portal berita dengan pemimpin Bendera dan Gerakan Anti Malaysia yang dikhuatiri boleh mencetuskan isu perkauman dan agama serta merosakkan hubungan Malaysia dan Indonesia.

Dr Puad turut meminta Anggota Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar supaya berhati-hati dalam membicarakan mengenai Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan atau bersifat menghasut.

“Ini kerana dia (Nuruk Izzah) seolah-olah mempertikaian hak dan keistimewaan orang Melayu yang termaktub dalam Perkara 153 demi untuk meraih sokongan daripada kaum bukan Melayu,” katanya.- source

-04/09/2010 BERNAMA

No comments:

Post a Comment