Saturday, September 25, 2010

Tahniah Kakitangan Pertengahan & Bawahan EXIM - Anda Pekerja Dedikasi & Intergriti

Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan kepada kakitangan Pertengahan & Bawahan EXIM (Export Import Bank Malaysia) di atas keberanian anda menegur dan mendedahkan ketidakcekapan, kronisme dan penyelewengan dikalangan pengurusan atasan kepada JMM.

Hampir beberapa bulan lanjutan daripada pendedahan JMM dan desakan kepada pengurusan atasan EXIM, JMM telah dimaklumkan bahawa CEO EXIM telah menamatkan perkhidmatan beliau pada 21 September 2010 yang lalu.

JMM, mengucapkan tahniah kepada ahli lembaga pengarah EXIM kerana menerima perletakkan jawatan CEO EXIM.

JMM yakin dan percaya ahli lembaga pengarah EXIM telah belajar dari kesilapan lampau dan pastinya perlantikkan CEO yang baru mengambilkira pelbagai faktor dan merit demi kepentingan EXIM dan pekerja-pekerja yang telah bersama-sama memajukan perbankkan ini sejak ditubuhkan.

Keberanian pekerja yang menghantar surat terbuka kepada ahli lembaga pengarah memperjelaskan bahawa betapa setiap dari mereka ini sangat sayang dan menghargai organisasi ini dan kerana sikap dedikasi dan intergriti yang ditunjukan oleh pekerja ini, EXIM berjaya kekal bersaing walaupun berlaku kelemahan pengurusan di peringkat tertinggi.

JMM mengalu-alukan sebarang langkah positif yang bakal diambil oleh lembaga pengarah EXIM di dalam memastikan GLC ini dapat berdiri setaraf dengan institusi lain di rantau ini.

Akhir sekali, JMM mengucapkan tahniah kepada pekerja bawahan & pertengahan kerana intergriti anda dan juga tahniah kepada ahli lembaga pengarah kerana berpegang bahawa "pekerja adalah aset utama organisasi". Kejayaan ini seharusnya dikongsi bersama-sama sebagai satu keluarga yang sedang menjalani proses transformasi bagi terus berdaya saing di pasaran global.

- Setiausaha Agung JMM

No comments:

Post a Comment