Monday, October 18, 2010

Perhimpunan GAMI (Gerakan Anti Malaysian Insider) - JMM memberi amaran

KUALA LUMPUR -18 Oktober. Jaringan Melayu Malaysia (JMM) hari ini memberi amaran keras kepada The Malaysian Insider supaya berhenti memecahbelahkan perpaduan dan keharmonian rakyat Malaysia dengan berita-berita provokasi menyentuh sensistiviti kaum di negara ini.

Perhimpunan yang dihadiri seramai hampir 100 orang pada jam 4.35petang tadi berlansung di hadapan pejabat The Malaysian Insider, Wisma UOA, Jalan Maarof, bangsar, Kuala Lumpur,

Laungan "TUTUP Malaysian Insider!", "TANGKAP Kalimulah!", TANGKAP Shaikh Aqmal!", "TANGKAP Sreedhar!", TANGKAP Jahabar!" "TANGKAP TANGKAP Malaysian Insider!" "TALIBARUT" kedengaran dengan jelas di perkarangan Wisma UOA.

Perhimpunan ini juga menarik perhatian ramai pengunjung dan pekerja di Wisma UOA yang ada dianatara mereka turut sama menyertai laungan "TUTUP!" "TUTUP!" "TANGKAP!", "TANGKAP!".

Kelihatan hampir 30 orang anggota polis mengawal kawaan perhimpunan yang diadakan secara aman dan trafik di kawasan tersebut diberitakan berjalan dengan lancar.

JMM meminta SKMM (Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia) mesti berani untuk menutup operasi The Malaysian Insider kerana banayak mengeluarkan berita memburuk-burukan negara serta kepimpinan negara.

Yang DiPertua JMM, Azwanddin Hamzah semasa berucap di dalam perhimpunan tersebut juga mencabar pihak Polis untuk berani menangkap Kalimullah, Shaikh Aqmal, Sreedhar Subramaniam dan Jahabar Sadiq. Keempat-empat individu dinamakan tersebut mempunyai kaitan dengan The Malaysian Insider yang sebelum ini didakwa mempunyai hubungan dengan Benteng Demokrasi Indonesia (BENDERA).

Beliau juga menjelaskan perhimpunan kecil ini diadakan sebagai amaran kepada The Malaysian Insider untuk berhenti memburuk-burukkan institusi raja dan kerajaan.

JMM merancang untuk mengadakan perhimpunan pada skala lebih besar sekitar 5,000 orang di masa hadapan sekiranya The Malaysian Insider masih berterusan menjalankan provokasi menyentuh sensitiviti kaum di Malaysia.

Perhimpunan ini berlansung hampir 35 minit dan kemudiannya bersurai secara aman.

No comments:

Post a Comment