Monday, October 18, 2010

Perhimpunan Gerakan Anti Malaysian Insider (GAMI) - 18 Okt 4:00petang

Jaringan Melayu Malaysia akan mengadakan perhimpunan secara aman Gerakan Anti Malaysian Insider (GAMI) Perhimpunan Gerakan Anti Malaysian Insider pada 18hb Oktober 2010 (Isnin) pada jam 4:00 petang bertempat di hadapan Wisma UOA, Jalan Maarof, Bangsar, Kuala Lumpur bertujuan mendesak Kementerian Dalam Negeri (KDN), Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKM) mengambil tindkan untuk menghentikan portal Talibarut Asing & Pengkhianat The Malaysian Insider.

Yang DiPertua JMM telah menyerahkan bukti-bukti mengenai hubungan The Malaysian Insider dengan 3 orang pemimpin Batak Kristian BENDERA (Benteng Demokrasi Indonesia).

Sehingga kini, Polis masih lagi belum menjelaskan dan mendedahkan hasil siasatan.

JMM tegas bahawa portal The Malaysian Insider banyak memperburuk-burukan negara serta kepimpinan Y.A.B Perdana Menteri Dato Seri Najib.

Gerakan Anti Malaysian Insider (GAMI) telah lama dijalankan oleh JMM dan kami melabelkan The Malaysian Insider sebagai TALIBARUT ASING & PENGKHIANAT yang suka memprovokasikan hubungan baik pelbagai bangsa di dalam negara ini.

Walaupun 4 pemimpin telah ditahan sewaktu keluar dari Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq di Bangsar, JMM berikar bahawa Perhimpunan GAMI tetap akan dijalankan.

-Setiausaha Agung JMM- 

2 comments:

  1. Setiausaha Agung JMMOctober 18, 2010 at 7:46 PM

    Waalaikumusalam

    Terimakasih di atas keprihatinan saudara terhadap blog JMM. Kami akan membuat semakkan mengenai maklumat ini.

    ReplyDelete