Saturday, May 15, 2010

Lambakkan Bekas Pegawai Dana Harta didalam GLC's


Pemilihan seperti Dato Azman Yahya, Dato Bakke Salleh, Dato Zukri Samad, Dato Ismee Ismail, Dato Abdul Rahman Ahmad, Dato Sharil Ridza Ridzuan, Dato Ahmad Zulqarnaian Onn, Dato Idrose Mohamed, Dato Fazrul Rahman Ebrahim menimbulkan banyak persoalan mengenai pemilihan mereka di dalam jawatan-jawatan penting di dalam GLC.

Mereka-mereka yang telah diberikan perlantikkan jawatan yang penting didalam GLC dan keseluruhannya mempunyai pengalaman bekerja di dalam Dana Harta Berhad. Adakah perlantikkan mereka ini pilih di atas merit kelayakkan dan pengalaman serta kejayaan lampau yang dijadikan kriteria pemilihan atau perlantikkan mereka dibuat diatas kenalan, rakan sekerja atau kronisme?

JMM memohon penjelasan dari Tan Sri Nor Mohamed Yakcop kerana beliau sememangnya mempunyai maklumat mengenai perlantikkan mereka dan perlantikkan ini telah dibuat semasa beliau menjadi Menteri Kewangan II. Wajarkah Dato Bakke Salleh diberikkan tanggungjawap sebagai CEO di dalam Felda dan pada masa yang sama menjadi Pengerusi Bank Islam?

Thursday, May 13, 2010

Malaysian Insider - Portal Ditaja oleh Kalimullah?

The Malaysian Insider (or The Insider) is a bilingual news site popular in Malaysia. It has been consistently ranked as one of the top 100 most popular websites in the country with a strong following in Singapore.

The Insider was established by journalist Png Hong Kwang and Sreedhar Subramanian. Png is a journalist while Subramaniam is the former chief operating officer of free-to-air Malaysian television channel ntv7. Subramniam is currently the chief executive officer of the online news organization.[3]
Joan Lau is the managing editor. She was formerly with the New Straits Times. Aiding her is a consultant editor Leslie Lau, a journalist formerly attached to the Straits Times in Singapore

Funding
The funding of the news organization has been a source of much speculation. A number of prominent bloggers based in Malaysia suspected that The Insider was linked to former Editor-in-Chief of New Straits Times, Kallimullah Hassan or UMNO Youth chief Khairy Jamaluddin, both considered to be aligned to Abdullah Ahmad Badawi.
-source Wikipedia

Wednesday, May 12, 2010

Pakku bantah jual 33% saham kerajaan dalam Pos Malaysia

KUALA LUMPUR 7 Mei - Pertubuhan Bekas Wakil Rakyat UMNO (Pakku) menentang keras sebarang penjualan saham kerajaan dalam Pos Malaysia Berhad berjumlah 33 peratus kepada pihak lain berikutan kerugian yang dialami oleh syarikat milik kerajaan (GLC) itu.

Presiden Pakku, Tan Sri Adam Kadir berkata, rancangan untuk menjual saham itu tidak sepatutnya timbul kerana Pos Malaysia sebelum ini merupakan sebuah syarikat yang kukuh, tetapi disebabkan campur tangan Khazanah Nasional (Khazanah), GLC tersebut mengalami kerugian,

Sehubungan itu beliau berkata, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Pengarah Urusan Khazanah, Tan Sri Azman Mokhtar bertanggungjawab terhadap perkara yang berlaku itu.
''Pakku juga sedia menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menggesa kerajaan mengkaji semula rancangan penjualan itu selain meminta beliau mengkaji semula kedudukan tertinggi pengurusan Khazanah.

UMNO Cuba Lindungi Nor Mohamed Yakcop?


KUALA LUMPUR 6 Mei - Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mendakwa, sikap membisu Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berhubung kerugian Pos Malaysia Berhad, seolah-olah wujud cubaan melindungi 'Little Nor Mohamed' yang dikaitkan sebagai pihak bertanggungjawab dalam kerugian itu.
Sambil menyelar tindakan tersebut, Zahrain berkata, selaku Menteri Kewangan Kedua ketika itu, Nor Mohamed perlu tampil memberi penjelasan memandangkan kerugian yang dialami berjumlah ratusan juta ringgit dan skandal itu mencemarkan imej kerajaan kerana dilihat sebagai tidak cekap.
"Kita mahu penjelasan kenapa kerugian sebesar itu boleh berlaku dan bukan bagaimana ia berlaku.

Tender RM900juta patut diserahkan kepada GLC

KUALA LUMPUR 4 Mei - Senator Ezam Mohd. Noor yang bangun mencelah buat pertama kali dalam sesi perbahasan di Dewan Negara hari ini, mempertikaikan kenapa satu tender kerajaan bernilai RM900 juta dianugerahkan kepada sebuah syarikat 'Sdn. Bhd.' secara rundingan terus walaupun ia membabitkan projek kritikal.
Beliau berkata, adalah lebih baik tender berkaitan kerja-kerja penyimpanan rekod pembayar cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) itu diserahkan kepada syarikat milik kerajaan (GLC).
Ezam sehubungan itu mahu perkara tersebut dibawa ke pengetahuan Dewan Negara untuk tindakan yang sewajarnya.
"Pemberian kontrak (LHDN) kepada syarikat Efficient E-Solution sebanyak RM900 juta membabitkan persoalan kritikal, mengapa tidak membabitkan GLC?

Kalimullah didesak perjelas portal Malaysia Insider

KUALA LUMPUR 11 Mei - Jaringan Melayu Malaysia (JMM) sudah mengumpul 80 peratus dokumen dan maklumat mengenai Pengarah Efficient E-Solution Berhad, Datuk Seri Kalimullah Hassan yang didakwa menaja portal berita propembangkang The Malaysian Insider.
Yang Dipertua JMM, Azwanddin Hamzah berkata, pihaknya akan menyerahkan dokumen lengkap sama ada kepada pihak polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tindakan selanjutnya.
Menurutnya, selepas ini, terserah kepada pihak berkuasa untuk mengambil sebarang tindakan terhadap Kalimullah dan seorang lagi pengarah syarikat itu, Shaikh Akmal Shaikh Alauddin.
"Sesiapa pun boleh menaja mana-mana portal tetapi mengapa mereka menaja laman blog yang memfitnah kerajaan sedangkan mereka mendapat projek besar daripada kerajaan Malaysia sebelum ini.

Tuesday, May 11, 2010

Dato Kalimullah & Shaikh Aqmal WAJIB menjelaskan "penajaan" di dalam Malaysian Insider

KENYATAAN MEDIA

Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mendesak samada dari Shaikh Aqmal Shaikh Alauddin atau Dato Seri Kalimullah Hassan memberikan penjelasan tentang motif mereka menaja portal Malaysia Insider.

Kedua-dua Shaikh Aqmal dan Kalimulah adalah "Non Independent Director" dalam Efficient E-Solution Berhad dimana anak syarikatnya iaitu VPI International Sdn Bhd dan seterus nya Regalia Solution Sdn Bhd dianggap sebagai penaja utama portal Malaysia Insider.

Penjelasan ini adalah sangat penting disebabkan Malaysia Insider dilihat seakan berkerjasama dengan Malaysia Today dan Raja Petra Kamaruddin (JMM pernah mendedahkan hubungan Kalimullah yang pernah melindungi “pengkhinat” Raja Petra Kamaruddin di Trinity Court sebuah kondominium mewah di London yang didaftarkan di atas nama isteri Kalimullah) untuk memburukkan imej kepimpinan dan boleh menjejaskan ekonomi negara kita.
Kami mendesak agar mereka berani memberikan penjelasan tentang "motif politik" penajaan ini.

Ianya begitu penting kerana Efficient E-Solution telah mendapat kontrak runding terus ratus bernilai jutaan ringgit dari Kerajaan Malaysia.

Monday, May 10, 2010

Sidang Media Azwanddin Yang Dipertua JMM

Sidang Media Azwanddin Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Pendedahan individu yang bekerjasama mengugat keselamatan dan perpaduan negara pada 11hb (Selasa) jam 11pagi di Pusat Khidmat Masyarakat No.3 Jalan Bukit Antarabangsa, Taman Mewah, Bukit Antarabangsa, Ampang. Semua pihak media di jemput hadir terimakasih
Sent via BlackBerry from Maxis