Monday, June 7, 2010

Katakan TIDAK kpd Coke

British mengiktiraf Pengisytiharan Dalfour 1917 yang memberikan hak kepada Jewish Agency ketika itu dikuasai separuhnya oleh Kongress Zionist dan separuh lagi bukan Zionist untuk menduduki mentadbir sendiri hal ehwal orang-orang Yahudi di Palestine.
Pada masa yang sama Kerajaan British juga menandatangani perjanjian yang sama dengan Amerika Syarikat mengesahkan mandat yang telah diberikan kepada Agensi Yahudi. Semenjak itu Kongress Zionist telah merancang untuk menduduki keseluruhan dua wilayah iaitu Negara Palestine yang sememangnya dibina untuk Negara Israel yang moden terdiri dari West Bank, Gaza dan Transjordan (sekarang dikenali Jordan) dan wilayah Mesopotamia yang dikenali dengan nama Iraq sekarang.