Monday, February 7, 2011

Tak layak dialog dengan majlis fatwa

KUALA LUMPUR 6 Feb. - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak layak berdialog dengan Majlis Fatwa Kebangsaan bagi menjelaskan pendirian beliau berhubung kenyataannya yang didakwa merosakkan akidah serta memecahbelahkan perpaduan umat Islam di negara ini.

Pengarah Hal Ehwal Agama Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Datuk Nik Khairul Annuar Ab. Rahim berkata, ia kerana Nik Abdul Aziz merupakan seorang ahli politik yang mempunyai rekod memutarbelitkan ayat al-Quran bagi kepentingan politiknya dan mengelirukan rakyat.

"Beliau hanya layak berdialog mengenai ajaran al-Quran dengan Karpal Singh kerana Pengerusi DAP itu terus-terang menolak Islam. Tetapi, demi politik Nik Abdul Aziz akan mempertahankan Karpal.

"Kita semua sudah cukup bosan dengan manipulasi agama beliau yang hanya untuk kepentingan politiknya," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Jumaat lalu, Menteri Besar Kelantan itu berkata, beliau tiada masalah sekiranya Majlis Fatwa Kebangsaan mahu mengkaji semua kenyataannya yang didakwa merosakkan akidah serta memecahbelahkan perpaduan umat Islam di negara ini.

Malah, beliau juga bersedia berdialog dengan pihak yang berkaitan bagi menjelaskan pendiriannya mengenai kenyataan-kenyataan yang pernah dikeluarkan itu.

Isu itu timbul apabila Nik Abdul Aziz mengeluarkan kenyataan mengelirukan umat Islam ketika berkempen pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang baru-baru ini dengan mengatakan bahawa mereka yang tidak mengundi Pas ialah orang jahiliah.

Berikutan itu, Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran UMNO Kelantan meminta Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Raja-Raja mengkaji kenyataan beliau yang didakwa merosakkan akidah serta memecahbelahkan perpaduan umat Islam di negara ini.

Mengulas lanjut Nik Khairul Annuar mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan mengambil tindakan tegas terhadap pemimpin pembangkang itu yang menganggap umat Islam yang tidak mengundi Pas sebagai jahiliah.

"Majlis Fatwa Kebangsaan tidak boleh menunggu keadaan menjadi keruh dan huru-hara baru hendak mengkaji kenyataan kontroversi yang dikeluarkan pemimpin Pas itu," katanya.

2 comments:

  1. Si omar salleh ni paham ke tidak benda ni??...Napa ler ko tak paham2. Ko mesti tau sapa yang mula2 ajak TGNA berdebat. buka ke Prof atau pun org kelate panggil Prof tu dgn nama Ustaz md Nor derih(huhuhu, betul ke dia tu prof, aku tau sangat sapa dia tu..bini dia pun aku tau siapa. Tetiba jer JMM tukar channel suh debat dgn Karpal Sigh nape... dah tak de ke ULAMA2 dari UMNO,nak jawab pasal "Fatwa" TGNA... kebodohan dan ketidak cerdikan JMM terbukti. Kalau ambil UPSR sure Fail sebab tak menjawab soalan...malu2

    ReplyDelete
  2. la, kenapa tak bagi campur? nampak sangat takut dengar hujah yang sahih ker?

    ReplyDelete