Saturday, March 19, 2011

Nik Aziz perlu pujuk Anwar serah sampel DNA kebenaran

'Satu (Nik Aziz), guna agama untuk nafsu politik dan satu lagi (Ayah Pin) untuk nafsu seks,''

KUALA LUMPUR 18 Mac - Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mendesak Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat  memujuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) kepada mahkamah.

Pengarah Kebangsaan JMM, Noorizawati Ahmad Zulkifli berkata, jika Nik Abdul Aziz betul-betul berpolitik berpandukan agama, sudah pasti beliau mahukan kebenaran tanpa mengira kesan atau akibat politik yang akan timbul daripada penyerahan sampel DNA Anwar.

''Jika Nik Abdul Aziz enggan mendesak Anwar, maka ternyata beliau tidak berpandukan agama apabila sesuatu perkara itu tidak memberi keuntungan politik kepadanya.


''Maka tidak salah jika rakyat Malaysia menganggap Nik Abdul Aziz sama taraf dengan Ayah Pin. 

''Satu (Nik Aziz), guna agama untuk nafsu politik dan satu lagi (Ayah Pin) untuk nafsu seks,'' katanya dalam kenyataan kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, tambah Noorizawati, jika Nik Aziz enggan mendesak Anwar menyerahkan sampel DNA, maka gelaran rasmi 'Ayah Nik' harus diberikan kepada Menteri Besar Kelantan itu. 

Sebelum ini, pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terus mendesak Anwar menyerahkan sampel DNA kepada mahkamah bagi menyelesaikan kes liwatnya jika beliau benar-benar tidak melakukan sebarang kesalahan.

8 comments:

  1. dalam islam tiada paksaan... perempuan ini tidak berfikir sebelum bercakap... tg. nik aziz tergolong dalam golongan ahli ulama kata ustaz kazim... rujuk tajuk hormati ulama... ustaz kazim adalah ustaz yang berada ditgh2... tidak berpihak pada mana2 politik... kalau ustaz dan ahli ulama punya cakap kita tak mahu dengar dan bangkang cakap siapa pula yang nak kita dengar??? sedangkan rasulullah berpesan supaya kita menghampiri ahli ulama... bercakap jangan ikut suka nanti akhirat pasti binasa...

    ReplyDelete
  2. laman blog jmm tak popular. so less komen

    ReplyDelete
  3. aik cik kak.. komen2 sebelum ni mana?? deleted kewww??? kah kah kah.. kak oii.. berani kerana benar.. takut kerana salah.. lau ilmu tu xde jgn pndai2.. kak tngung dosa sendiri + org2 jahil lain yg baca blog ni.. kira la sendiri brapa bnyak dosa yg akak tanggung... pikir-pikirkanlah..

    ReplyDelete
  4. akak ni memang sombong, tak boleh terima kelemahan diri sendiri, kalau tak boleh terima komen orang lain, baik tak payah bagi kenyataan apapun kat blog ni. baik dok diam kat pejabat je

    ReplyDelete
  5. Nabi pun xmengaku umat ye? Jikalau die xbersalah, mengapa die x nak lakukan ujian DNA? Sebelum kome sume nk 'bom' di sini, ajak la kwn baik korang, DSAI g check DNA tu dlu..
    Tidak perlu suruh ulama pujuk kaum lut..
    Assalamualaikum..

    ReplyDelete
  6. kah kah kah...
    weh Alfi...

    kan ke dari dlu lg DSAI da bg DNA??

    kah kah kah..
    DNA ada tarikh luput ke??

    kah kah kah

    ReplyDelete
  7. bongok tul la pompuan tuh..

    ReplyDelete
  8. Mungkin tak selupa bikin JMM:

    Kata mesti ada bukti nyata
    Jika tak pasti jangan berkata-kata
    Kata jika tak diperhati dengan mata
    Kita pula akan digelar pendusta

    ReplyDelete