Saturday, April 2, 2011

Wan Azizah, Nurul Izzah perlu bersumpah laknat


"Kegagalan bersumpah memberi gambaran yang mereka cuba menyelamatkan Anwar meskipun bukti tidak berpihak kepada ketua pembangkang itu,"


KUALA LUMPUR 1 April - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail perlu melakukan sumpah laknat dengan segera bagi menafikan 'pelakon' dalam video seks yang didedahkan oleh trio 'Datuk T' itu adalah suaminya.


Tindakan itu perlu dilakukan kerana pihak polis telah mengesahkan video yang memaparkan aksi seks seorang lelaki yang wajahnya mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah tulen.

Pengarah Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Farahana Jamaludin berkata, jika Dr. Wan Azizah gagal berbuat demikian, ia bererti Presiden PKR itu bersuhabat dengan suaminya bagi menutup kebenaran skandal video seks tersebut.

Farahana juga menggesa Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah mengambil tindakan yang sama jika yakin bapanya tidak terlibat dengan skandal itu.

"Dr. Wan Azizah dan Nurul Izzah perlu membersihkan diri daripada persepsi bahawa mereka sebenarnya bersubahat bagi menutup kebenaran dalam isu video seks demi kepentingan politik.

"Kegagalan bersumpah memberi gambaran yang mereka cuba menyelamatkan Anwar meskipun bukti tidak berpihak kepada ketua pembangkang itu," katanya dalam kenyataan akhbar kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Hari ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan video seks yang didakwa melibatkan seorang pemimpin parti itu adalah tulen dan rakaman video tersebut akan diserahkan kepada Peguam Negara dalam masa terdekat.

Pengesahan itu sekali gus menutup tuduhan pihak pembangkang kononnya video yang memaparkan aksi seks pemimpin kanan pembangkang tersebut telah dipalsukan bagi membunuh karier politik individu berkenaan.
Mengulas lanjut, Farahana berkata, jika Dr. Wan Azizah dan anaknya sanggup melakukan sumpah laknat, ia membuktikan kepada masyarakat bahawa mereka adalah pemimpin yang berintegriti dalam menegak kebenaran.

"Ini penting bagi melayakkan Dr. Wan Azizah dan Nurul Izzah menganggotai suruhanjaya diraja jika ia ditubuh oleh kerajaan kelak," jelasnya.

12 comments:

  1. Kalau mahu kejar jawatan dalam puteri umno, janganlah jadi akal pendek.

    ReplyDelete
  2. adi said. itulah kejahilan manusia akhir zaman ini, betul kata awak, memang polis sahkan video itu tulin. tapi polis tak sahkan siapa orangitu. apa kata , kita minta farhana jamaludin melihat video itu ,dan dia buat sumpah laknat bahawa mengesahkan orang itu anwar ibrahim . kalau bukan anwar , dia tanggung semuanya. cuba cabar dia.

    ReplyDelete
  3. akademi alfafa - saya setuju benar tu, kita minta farahhana minta kebenaran daripada pihak polis hatta peguam negara untuk lihat video tu dan sahkan pelaku dalam video itu dsai dengan melakukan sumpah laknat dan apa-apa musibah yang datang ke atas diri dia, biar dia sendiri yang tanggung

    ReplyDelete
  4. sudah2 la tu farah ooi..tak usah la nak bagitau orang lain suruh buat ape kalau sendiri pun tak tau apa2....ingat ni zaman budak2 sekolah ke?...

    ReplyDelete
  5. nie sapa lantik dia nie jadi pengarah jaringan melayu nie..semua orang melayu lantik ka?..kenapa aku sebagai orang melayu tak dapat jemputan menghadiri mesyuarat agong nie...chait

    ReplyDelete
  6. apa pulak jaringan melayu ni?ni tubuh jaring² ni mewakili melayu mane?melayu hutan mcm korang ke?weii..renti² la perangai racist tu.

    ReplyDelete
  7. perbetulkan diri kamu tu dulu la adik oi..gambar tak tutup aurat merata ceruk internet ada,larat ke nak tanggung dosa tu?kalau mati masa tua sempat taubat,ok la.kalau lu mati besok?

    ReplyDelete
  8. xpaham lah..pening, PERKASA lah,JMM lah,kata nk satukan org Melayu,x cukup ke dgn society/parti yg ada?

    ReplyDelete
  9. ni satu lagi bagigol politik umno,, si betina tu dah jadi tukang karut,,komen taubat la ,,sape awak nak nik aziz..kalu setakat nak bodek dan dapat jawatan memang anda akan dapat,,,TAKBIRRRRRRRRRRRR

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju.................!! ate teman kenai sgt adik beradik n family dia ni

      Delete
  10. Tak habis2 dgn sumpah, yang kau sibuk hal orang buat apa? Diri sendiri pun tak berapa betul

    ReplyDelete