Tuesday, August 16, 2011

Peguam Negara, Wisma Putra perlu siasat


KUALA LUMPUR 13 Ogos – Kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah bahawa perjumpaan dengan Timbalan Menteri Luar Jerman, Werner Hoyer baru-baru ini akan mengeratkan lagi hubungan diplomatik antara pakatan pembangkang dan kerajaan Jerman merupakan kenyataan ‘tidak masuk akal.’


Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah berkata, kenyataan itu juga cukup meragukan kerana tidak layak untuk pakatan pembangkang itu mempunyai hubungan diplomatik kerana mereka tidak berdaftar.


Beliau sehubungan itu berkata, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail dan Wisma Putra perlu menyiasat perkara itu kerana Nurul Izzah tidak sepatutnya mengatakan itu hubungan diplomatik secara rasmi.

“Perkata ini perlu disiasat segera, kita tidak mahu begitu mudah untuk mana-mana pihak membuat kenyataan mempunyai hubungan diplomatik dengan negara luar.

“Lagipun, siapa mereka (Pakatan Rakyat) untuk mengatakan mereka mempunyai hubungan diplomatik dengan Jerman, mereka sendiri sehingga kini tidak berdaftar,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

No comments:

Post a Comment