Wednesday, February 9, 2011

Nik Aziz dicabar debat dengan Karpal tentang negara Islam

KUALA LUMPUR 8 Feb. – Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mencabar Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya berdebat dengan Pengerusi DAP, Karpal Singh mengenai penubuhan negara Islam sebelum berniat untuk berdebat dengan pihak lain.


Monday, February 7, 2011

Tak layak dialog dengan majlis fatwa

KUALA LUMPUR 6 Feb. - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak layak berdialog dengan Majlis Fatwa Kebangsaan bagi menjelaskan pendirian beliau berhubung kenyataannya yang didakwa merosakkan akidah serta memecahbelahkan perpaduan umat Islam di negara ini.

Pengarah Hal Ehwal Agama Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Datuk Nik Khairul Annuar Ab. Rahim berkata, ia kerana Nik Abdul Aziz merupakan seorang ahli politik yang mempunyai rekod memutarbelitkan ayat al-Quran bagi kepentingan politiknya dan mengelirukan rakyat.

'Nik Aziz's edicts confuse Muslims'

KUALA LUMPUR: Malay non-governmental organisation Jaringan Melayu Malaysia is urging Pas spiritual leader Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat to explain his contradictory "fatwa" or edicts.

Its national secretary Tengku Amaluddin Sani said Nik Aziz had a responsibility to explain to all Muslims his statements as they seemed to have been uttered to suit his political ambitions.


JMM gesa Nik Aziz tidak kelirukan rakyat

KUALA LUMPUR: Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mendesak Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat menjelaskan sikap pilih kasih dalam mengamalkan prinsip agama dan moral termasuk ketika melabel penyokong Barisan Nasional (BN) sebagai jahiliah. 

Setiausaha Agung JMM, Tengku Amalluddin Sani Raja Ahmad Sufian, berkata penjelasan Mursyidul Am PAS itu perlu bagi mengelak rakyat terus keliru dengan kenyataan beliau yang jelas bertujuan menjaga kepentingan politiknya. 


Nik Aziz terlalu banyak guna agama untuk kepentingan politik

KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terlalu banyak menggunakan agama untuk kepentingan politik beliau, kata Timbalan Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Omar Saleh.