Saturday, April 9, 2011

Dakwaan Wan Azizah dedah pembohongan

“Tetapi kali ini, dia mendakwa pula Anwar sering bersenam di penjara. Ini jelas menunjukkan bahawa Wan Azizah berbohong satu ketika dahulu dan berbohong lagi kali ini,”

KUALA LUMPUR 8 April – Dakwaan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail bahawa suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersenam semasa di penjara mendedahkan penipuan awal yang dibuat oleh beliau sebelum ini.

Friday, April 8, 2011

Jenayah rasuah didalangi oleh sindiket

1. SPRM harus kekal dengan sifat tegas, berani dan tidak bertolak ansur terhadap kesemua suspek dan penjenayah rasuah. Jika tidak negara akan hancur disebabkan ankara gejala rasuah. Bagi saya apabila suspek jenayah rasuah sanggup bunuh diri daripada menghadapi mahkamah menujuk bahawa usaha dan kerja SPRM berkesan.

Thursday, April 7, 2011

Wan Azizah tiada jam tangan?

"Pada sidang akhbar semalam, saya perhatikan emosi dan bahasa tubuh Wan Azizah dan Naib Presiden PKR yang juga anaknya, Nurul Izzah kelihatan seperti mereka terpaksa meluahkan sesuatu yang bukan dari hati mereka. Emosi mereka seperti terganggu menerusi sikap tidak profesional terhadap wartawan,"

KUALA LUMPUR 6 April - Dua pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sangsi dengan kenyataan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail bahawa beliau menyimpan jam tangan Omega milik suaminya berikutan kegagalannya menunjukkan jam itu apabila diminta berbuat demikian.

Takut DiMakan Sumpah

"Anwar yang kononya hebat pun tidak berani bersumpah. Inikan pula anak dan isterinya",

KUALA LUMPUR - Takut dimakan sumpah.

Itulah kesimpulan dibuat berikutan keengganan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr.Wan Azizah Wan Ismail dan anak perempuannya Nurul Izzah untuk bersumpah laknat berhubung isu video seks yang dikait dengan Datuk seri Anwar Ibrahim.

Tuesday, April 5, 2011

Siasat blog perkauman, hina Melayu

"Jangan sampai Melayu ambil tindakan sendiri sehingga melampaui batas undang-undang"


KUALA LUMPUR 3 April - Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat kewujudan laman blog http://alfanso-rightstoon.blogspot.com/ yang didakwa sarat dengan elemen perkauman dan hasutan.

Sunday, April 3, 2011

Shamsul Iskandar dicabar serah bukti

Azwandin Hamzah (dua dari kanan) bersama
Timbalan JMM, Omar Salleh (dua dari kiri) menunjukkan
aporan polis dan kenyataan media di
IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur, semalam.






KUALA LUMPUR 2 April - Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mencabar Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd. Akin agar menyerahkan bukti kepada polis jika benar beliau A.memiliki rakaman video seks melibatkan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN).