Saturday, May 14, 2011

Pandi kutty: Anwar kian panik

“Ia adalah usaha terancang dan berterusan Anwar demi melampiaskan nafsu politiknya, meskipun nyata beliau kini semakin kehilangan sokongan termasuk daripada pembangkang sendiri,”

KUALA LUMPUR 9 Mei – Sikap sebenar Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang selama ini berselindung di sebalik topeng agama semakin terserlah apabila sanggup menyerang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan gelaran yang tidak sepatutnya.

Malaysian Insider tiup sentimen bencikan kerajaan

Menyedihkan bagi bangsa yang dihentam penulis dan pembaca Malaysian Insider apabila ramai pemimpin Melayu yang kononnya liberal menjadi 'buah catur' dan diperalatkan untuk menjayakan agenda pihak luar bagi memastikan penduduk asal, Melayu dan bumiputera tidak bersatu

PORTAL berita The Malaysian Insider memang terkenal dengan artikel biadab yang cuba membangkitkan isu perkauman terutamanya bersifat anti-Melayu dan kerajaan.

Tindakan Anwar tak bertamadun

KUALA LUMPUR: Pemimpin UMNO dan badan bukan kerajaan menyifatkan tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim menggelarkan Datuk Seri Najib Razak sebagai 'pandikutti' dalam bahasa Tamil bermaksud anak babi sebagai tindakan tidak bertamadun dan menggambarkan beliau sebagai pemimpin yang tidak cukup matang.

Bukan Islam diminta usah campuri urusan

KUALA LUMPUR: Jaringan Melayu Malaysia (JMM) dan Barisan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM) memberi amaran kepada masyarakat bukan Islam supaya tidak cuba bermain api demi kepentingan politik mereka.

Yang Dipertua JMM, Azwanddin Hamzah, berkata semua kaum perlu menghormati agama masing-masing dan tidak mengeluarkan kenyataan sensitif sehingga menyinggung kaum lain.

Anwar harus buat kenyataan terbuka

"Tetapi yang paling aneh sekali Anwar tidak pernah membuat tuduhan mengatakan Eskay adalah seorang pembohong dan penipu," 

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim seharusnya tampil secara terbuka menyatakan bahawa Datuk Shazryl Eskay Abdullah, individu yang mendedahkan rakaman video seks dengan pelakunya mirip dirinya, adalah seorang pembohong dan penipu, gesa sebuah badan bukan kerajaan di sini hari ini.