Friday, July 1, 2011

Perhimpunan Anti Zalim - Lim Guan Eng Zalim

PENANG- Lebih daripada 1500 orang menghadiri Perhimpunan ANTI ZALIM - Lim Guan Eng ZALIM di Pulau Pinang yang bermula jam 2:00 petang tadi. Perarakan yang dimulakan dari Masjid Lama Leboh Acheh, melalui jalan Carnovan, Leboh Chulia, Jalan Penang, Jalan Mac Alister sehingga ke Pejabat Lim Guan Eng di KOMTAR disertai oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendesak Lim Guan Eng supaya berundur kerana bersikap zalim terhadap penduduk Pulau Pinang.

Thursday, June 30, 2011

JMM sertai PERHIMPUNAN ANTI ZALIM - LIM GUAN ENG ZALIM

"TOLAK LIM GUAN ENG - LIM GUAN ENG ZALIM!!

PENANG - Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) akan turut menyertai PERHIMPUNAN ANTI ZALIM - LIM GUAN ENG ZALIM pada hari Jumaat 1hb Jul 2011 di KOMTAR, PULAU PINANG pada jam 2:00 petang.

Monday, June 27, 2011

Pas dicabar desak Anwar letak jawatan

''Di mana pemimpin Pas yang dipanggil ulama dan apakah pendirian mereka mengenai isu moral Anwar ini?


KUALA LUMPUR 25 Jun - Pemimpin Pas dicabar mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya melepaskan jawatan Ketua Pembangkang selepas rakaman video seks yang menyerupai pemimpin pembangkang itu disahkan tulen oleh pakar.

Pas takut bayang-bayang sendiri - NGO

"Semakin banyak 'tembelang' yang ditunjukkan Pas seperti lari daripada prinsip asal perjuangannya. Tindakan itu tidak profesional kerana mereka juga kononnya memperjuangkan kebebasan media dan demokrasi.

KUALA LUMPUR 20 Jun - Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kecewa dengan tindakan Pas memboikot Utusan Malaysia yang menunjukkan mereka takut kepada bayang-bayang sendiri.