Tuesday, August 9, 2011

JMM: Nik Aziz perlu beri penjelasan dari sudut agama pertahankan Anwar

Nik Abdul Aziz juga perlu menjelaskan hukum seorang tok guru seperti beliau sanggup membela pemimpin sedemikian demi kepentingan politik peribadinya

KUALA LUMPUR 8 Ogos - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat diminta memberi penjelasan mengenai sikapnya yang masih mempertahankan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini berhadapan tuduhan melakukan perbuatan luar tabie.

Monday, August 8, 2011

Nik Aziz terus nafi jumpa Tengku Razaleigh

KOTA BHARU 5 Ogos - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terus menafikan dakwaan mengatakan beliau menemui Tengku Razaleigh Hamzah bagi mempelawa Ahli Parlimen Gua Musang itu mengetuai pembangkang menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Roboh asrama bukti kerajaan PKR Selangor zalim

Yayasan Selangor diwujudkan untuk menjaga kebajikan dan kepentingan pendidikan anak Selangor tetapi kini telah menjadi sebuah yayasan yang bertujuan membuat keuntungan

KUALA LUMPUR 6 Ogos - Tindakan Yayasan Selangor mahu merobohkan asrama miliknya yang terletak di Kampung Pandan membuktikan kezaliman pentadbiran Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor terhadap rakyatnya sendiri.