Friday, March 30, 2012

Hukum pemilik poster along, rumah urut

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar digesa bertindak tegas terhadap penampal dan pemilik poster ceti haram serta rumah urut di seluruh negara yang dikenal pasti menyumbang kepada masalah sosial masyarakat.

Presiden Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah, berkata tindakan itu juga akan membuktikan polis bersikap adil dan telus dalam melaksanakan tugas mereka selepas menahan sekumpulan belia kerana kesalahan menampal poster antiseks bebas di Taman Tun Dr Ismail di sini, pada 4 Februari lalu.

Katanya, 10 aktivis belia ditahan hanya kerana menampal poster menentang Kempen antilesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) sedangkan perbuatan itu dilakukan mereka atas kesedaran menentang perlakuan songsang yang boleh menjejaskan norma dan resam kehidupan masyarakat tempatan.

"Jika benar perbuatan itu menyalahi undang-undang, bagaimana pula dengan kegiatan penampalan poster perniagaan haram, khususnya along dan rumah urut... apa polis lakukan setakat ini bagi membendungnya," katanya.

No comments:

Post a Comment