Friday, March 2, 2012

JMM MENENTANG KERAS TINDAKAN KUMPULAN PEJUANG SEKSUALITI MERDEKA.

Wajah mereka yang memperjuangkan seks bebas.
Penganjur program Seksualiti Merdeka 2011, gagal mendapatkan kebenaran bagi mengisytiharkan keputusan Timbalan Ketua Polis Negara berhubung pengharaman program itu, sebagai batal dan tidak sah.

Ia ekoran keputusan Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) yang menolak permohonan semakan kehakiman dikemukakan oleh lima ahli jawatankuasa program tersebut, selepas membenarkan bantahan Peguam Negara.


Pada 9 Disember 2011, mereka memfailkan permohonan tersebut antaranya bagi memohon perintah certiorari untuk membatalkan serta-merta keputusan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar pada malam 3 November tahun lalu.


Khalid pada tarikh tersebut telah mengisytiharkan pengharaman ke atas semua program dan acara Seksualiti Merdeka dan perkara itu disiasat mengikut Seksyen 27 A(1)(C) Akta Polis 1967 dan Seksyen 298 Kanun Keseksaan.

No comments:

Post a Comment