Sunday, March 4, 2012

LGBT, murtad berbahaya kepada negara

..pergerakan itu disokong oleh beberapa pemimpin politik dan badan perundangan tempatan yang semakin mendapat tempat selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 2008 lalu.



"Gerakan ini masuk ke Malaysia kerana beranggapan sekarang merupakan masa terbaik untuk mereka menyebarkan nilai-nilai tersebut yang bertuhankan hak asasi manusia kerana berfikiran kerajaan kini lemah.

KUALA LUMPUR 18 Feb. - Gerakan penyebaran budaya kuning seperti Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) serta murtad yang semakin menular kini menjadi ancaman nyata kepada masyarakat Malaysia khususnya beragama Islam serta yang memegang teguh nilai-nilai kesopanan Timur.

Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Datuk Fuad Hassan berkata, senario itu amat berbahaya kerana pergerakan itu didukung oleh para ilmuwan Islam antarabangsa sendiri yang berpandangan LGBT serta murtad merupakan masalah di antara seseorang individu dengan Tuhan.

Lebih malang, katanya, pergerakan itu disokong oleh beberapa pemimpin politik dan badan perundangan tempatan yang semakin mendapat tempat selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 2008 lalu.

"Gerakan ini masuk ke Malaysia kerana beranggapan sekarang merupakan masa terbaik untuk mereka menyebarkan nilai-nilai tersebut yang bertuhankan hak asasi manusia kerana berfikiran kerajaan kini lemah.

"Ini ternyata salah kerana walaupun Islam mengutamakan hak asasi seseorang individu, manusia juga mempunyai tanggungjawab untuk memperjuangkan nilai-nilai keagamaan terhadap diri sendiri serta ummah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menjadi ahli panel program Himpunan Ulama, Cendekiawan Islam dan Penulis Maya Kebangsaan 2012 bersama Perdana Menteri dalam perbincangan bertajuk Isu Kontemporari: Ancaman dan Cabaran Dunia Siber Terhadap Islam di Malaysia di sini hari ini.

Perbincangan tersebut turut menampilkan Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Datuk Nik Mustapha Nik Hassan dan Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Eurofine (M) Sdn. Bhd., Ida Rahayu Md. Noor.

Dalam pada itu, Ida Rahayu memberitahu, kesemua institusi perbankan terutama yang mempunyai produk pinjaman berlandaskan Islam perlu lebih terbuka dalam memberi pinjaman kepada penerbit filem serta drama beragama Islam.

Sumber: Utusan Malaysia

No comments:

Post a Comment