Monday, October 28, 2013

Jujur Dan Amanah

Seringkali kita didendangkan dengan slogan-slogan yang mempunyai unsur-unsur nilai-nilai murni dari mulut para pemimpin. Baik dikalangan pemimpin parti-parti politik, pemimpin petubuhan serta pemimpin organisasi dipelbagai peringkat. Laugan slogan-slogan ini diucapkan dengan penuh bersemangat dan beriya-iya sekali cuba melambangkan ciri-ciri kepimpinan yang dimiliki oleh pemimpin tersebut.

Mereka yang mendengarnya samada di media elektronik, media cetak mahupun di perhimpunan mengangguk tanda faham seolah-olah yang dikatakan itu adalah benar dan tidak ada yang tidak benar melainkan yang benar-benar belaka.


Saya ingin menarik pembaca mengenai slogan Jujur & Amanah Satu Perjuangan. Satu slogan yang selama ini didokongi oleh Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM). Melihat kepada intipati perjuangan pertubuhan jelas ianya cenderung untuk menegakkan integriti dikalangan orang-orang Melayu. Maka dengan itu, laungan slogan Jujur & Amanah Satu Perjuangan merupakan asas nilai-nilai murni yang seharusnya dimiliki oleh bangsa Melayu.

Pengikut dan ahli-ahli pertubuhan ini disajikan dengan slogan ini oleh pemimpin pertubuhan ini yang diihat mempunyai perwatakan yang baik dihadapan massyarakat umum. Namun setelah beberapa lama mengikuti dan menyelami sendiri perwatakkan pemimpin ini, saya berpendapat, laungan dan slogan ini hanyalah sekadar laungan yang sengaja dicipta untuk memanaskan pentas dan bak umpama "hanya manis di bibir sahaja". Indah kabar dari rupa!

Sudah tiba masanya, saya perlu menegur kepada pemimpin pertubuhan ini demi kebaikkan perjuangan itu sendiri agar tidak terseong dengan nafsu politik.

Ada kalanya, setiap apa yang diperkatakan itu haruslah benar walaupun sepahit mananya kepada mereka yang mendengarnya. 

Saya berpegang teguh dengan prinsip yang pemimpin haruslah berlaku jujur kepada diri sendiri terlebih dahulu, mengakui beberapa kekurangan diri dan bercakap benar mengenai diri sendiri. Percakapan membohongi akhirnya akan kembali semula kepada pemimpin dan merosakkan keseluruhan imej organisasi yang dipimpinnya itu. Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semuanya

Ini adalah sangat penting kepada mana-mana pertubuhan serta organisasi, kerana sebagai pemimpin setiap tingkah laku serta tindakan dan perbuatan itu haruslah berteraskan kejujuran diri.

Pemimpin yang bercakap soal Jujur & Amanah juga seharusnya menilai semula diri, bermuhasabah dan memperbetulkan semula nilai-nilai murni diri. Amalkan lah apa yang sering dilaungkan dan jangan bertukar sebaliknya seperti ketam cuba mengajar anaknya berjalan lurus. Ianya seperti menggantang asap, mengukir langit.

Politik dunia baru didalangi oleh permainan persepsi yang tidak segan silu menabur fitnah dimerata-rata, Sebagai pemimpin sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bahkan yang membawa juga agenda bangsa Melayu, janganlah mengheret bangsa Melayu itu lari dari nilai-nilai murninya; bangsa Melayu bangsa yang suka bercakap jujur, berhemah dan bersopan santun. .

Pemimpin juga perlu menggalakkan nilai-nilai murni dikalangan bangsa Melayu, mengutamakan agenda pendidikan anak bangsa, memperkasakan agenda ekonomi bangsa. Ketepikanlah dan berhentilah meletakkan agenda peribadi sebagai keutamaan kerana nafsu terhadap itu telah menolak slogan Jujur & Amanah seperti yang dilaungkan. Manusia sentiasa diberikan pilihan di dalam hidupnya, sebagai pemimpin sudah tentukan punyai pilihan.


No comments:

Post a Comment